Kerjaya Mafarikha Akhir

Pada tahun 2011, Mafarikha mengambil bahagian dalam rancangan TV realiti, Vokal: Bukan Sekadar Rupa terbitan TV3. Biarpun pada mulanya tidak berhasrat untuk mengambil bahagian dalam mana-mana pertandingan sebelum apa yang akan menjadi Vokal: Bukan Sekadar Rupa,[6] beliau menerima pujian daripada juri kerana keunikan vokalnya, akhirnya dinobatkan sebagai naib juara, di belakang Asmidar yang merangkul gelaran juara.[3]

Selepas tamat Vokal, Mafarikha melancarkan single sulungnya, "Tiba" yang dipilih sebagai lagu tema drama Fira Ayuni, kemudian melancarkan single keduanya, "Derhaka". Beliau juga memyumbangkan runut bunyi drama Seindah Sakura yang bertajuk "Buatku Di Sana" yang mana beliau berduet bersama vokalis Hyper Act, Ronnie Hussein.[6] Beliau menandatangani kontrak bersama Alibi Music dan melancarkan single ketiga, "Tolong" iaitu single sulungnya bersama Alibi.[3][7]

Mafarikha juga aktif mengarang lagu untuk filem, drama dan penyanyi lain, ini terbukti apabila beliau mengarang lagu bertajuk "Mengharap Cinta", dipersembahkan oleh Sharifah Zarina.[6] Lagu itu digunakan sebagai penghormatan kepada insiden Penerbangan 370 Penerbangan Malaysia yang hilang pada 8 Mac 2014.[6] Beliau kemudian menyanyikan lagu tema filem Manisnya Cinta Di Cappadoccia yang bertajuk "Pintu Hati".[8]

Pada November 2015, Mafarikha melancarkan single kelimanya, "Jujur Saja Sayang".[8] Beliau menyepi seketika dari kerjaya muzik kerana ingin menumpukan perhatian kepada kerjaya barunya sebagai jurusolek artis.[5] Pada Oktober 2017, beliau terpilih sebagai salah seorang daripada 27 peserta Asia dalam pertandingan Asia's Got Talent musim kedua. Persembahannya mendapat perhatian juri pertandingan, iaitu David Foster, Anggun dan Jay Park,[9][10] namun beliau diumumkan tersingkir semasa konsert separuh akhir minggu kedua.

Rujukan

WikiPedia: Mafarikha Akhir http://youth.bernama.com/v2/news.php?id=822646&c=0 http://web.archive.org/web/20180311051952/https://... https://www.instagram.com/@mafarikha/ https://www.kopiplanet.com/mafarikha-akui-dah-berc... https://www.pressreader.com/malaysia/berita-harian... https://www.pressreader.com/malaysia/harian-metro/... https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2017/... https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2020/... https://eh.com.my/artikel/hiburan/mafarikha-buat-c... https://www.hmetro.com.my/node/107217